Rabu, 5 Oktober 2011

Ilmu Pengetahuan

Ilmu Pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kejayaan. Oleh hal yang demikian, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Mafhumnya:

" Menuntut ilmu merupakan kewajiban seorang Islam " 

Wahyu pertama yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dimulai dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah.Ayat ini juga bertujuan untuk menyuruh umat Islam mencari Ilmu kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran. Maksudnya:

" Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang Mencipta. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah. Yang mengajar ( manusia ) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar ilmu kepada manusia apa-apa yang tidak ditetahuinya."
( Surah al-Alaq: ayat 1-15)

Umat Islam adalah umat teladan, ini kerana Islam telah meletakan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan kecemerlangan umat serta pembangunan tamadun sesebuah negara. Oleh yang demikian, Islam menyeru umatnya agar menuntut ilmu biarpun sampai ke negeri China, bahkan menuntut ilmu menjadi kewajiban kepada umat Islam secara berterusan daripada buaian sehingga ke liang lahad. Dengan penguasaan ilmu umat Islam mampu menguasai pemerintah yang aman dan sejahtera. Tanpa ilmu, sesuatu urusan akan hancur berkecai an mendapat penghinaan Allah s.w.t. seperti dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

" Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya ( tidak berilmu ) maka tunggulah saat kehancuranya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan