Rabu, 5 Oktober 2011

Akhlak Pelajar

 Sebagai pencari Ilmu, sama ada ilmu keagamaan atau ilmu mengurus dunia, setiap pelajar Islam hendaklah mengetahui adab-adab yang perlu diamalkan untuk menjamin keberkatan Allah dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Antara adab adab menuntut ilmu ialah:

  •  Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan akhlak2 yang baik  dan menghiasi diri dengan adab-adab yang mulia. Menuntut ilmu pula ialah mencari kesempurnaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Antara doa Rasulullah s.a.w. yang boleh dibaca oleh pelajar ialah: 
" Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak berguna dan daripada hati yang tidak khusyuk ( takut kepada Allah ) "
( Hadis Riwayat Muslim )



  • Pelajar menjauhkan diri dari hasad dengki, riak dan sombong . Sifat menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan kelebihan ilmu dan pencapaian yang ada tidak menepati kehendak agama Allah. 
  • Tidak malu bertanya. Mengamalkan sikap tidak malu bertanya kepada guru atau orang lain dalam setiap perkara yang tidak difahami mengenai masalah-masalah ilmu dapat menjadikan seorang pelajar  yang  berpengetahuan luas. Jesteru itu, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata :
" Sesiapa yang nipis mukanya ( pemalu ), nipislah ( sedikit )  ilmunya."

  • Tidak berbalah atau berdebat dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Ini bersesuaian dengan pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya:
Pesanan Luqman al-Hakim
" Janganlah kamu membantah dengan para ulama, nanti kamu terlibat merendahkan mereka dan mereka menolak kamu. Dan janganlah kamu membantah  dengan orang yang bodoh, nanti dia yang menjahilkan kamu dan mencaci kamu. Akan tetapi bersabarlah diri kamu terhadap orang yang berilmu melebihi kamu dan orang yang lebih cetek ilmunya daripada kamu."

  • Jujur dalam menuntut ilmu. Ia adalah teras kejayaan seseorang. Jujur bermaksud ketulusan hati. Sentiasa berstkap jujur dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan mengamalkan sifat jujur dalam menuntut ilmu adalah penting untuk memperolehi rahmat dan hidayah Allah. Jujur bermaksud ketulusan hati. Jujur terhadap kelemahan yang ada pada diri sendiri juga akan membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar.
  • Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan rela. Pelajar sewajarnya belajar dengan Ikhlas dan niat yang betul. Segala kegiatan belajar dan menuntut ilmu dikerjakan kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. berdasarkan firman-Nya:
Maksudnya:
" Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah, Tuhan semesta Alam"
Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :
" Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh-tubuh kamu dan tidak pula kepada rupa paras   kamu, akan tetapi Dia memandang kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu"
( Hadis Riwayat Muslim )


Nantikan sambunagnya nanti....... ^_^

Ilmu Pengetahuan

Ilmu Pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kejayaan. Oleh hal yang demikian, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Mafhumnya:

" Menuntut ilmu merupakan kewajiban seorang Islam " 

Wahyu pertama yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dimulai dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah.Ayat ini juga bertujuan untuk menyuruh umat Islam mencari Ilmu kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran. Maksudnya:

" Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang Mencipta. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling Pemurah. Yang mengajar ( manusia ) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar ilmu kepada manusia apa-apa yang tidak ditetahuinya."
( Surah al-Alaq: ayat 1-15)

Umat Islam adalah umat teladan, ini kerana Islam telah meletakan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan kecemerlangan umat serta pembangunan tamadun sesebuah negara. Oleh yang demikian, Islam menyeru umatnya agar menuntut ilmu biarpun sampai ke negeri China, bahkan menuntut ilmu menjadi kewajiban kepada umat Islam secara berterusan daripada buaian sehingga ke liang lahad. Dengan penguasaan ilmu umat Islam mampu menguasai pemerintah yang aman dan sejahtera. Tanpa ilmu, sesuatu urusan akan hancur berkecai an mendapat penghinaan Allah s.w.t. seperti dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

" Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya ( tidak berilmu ) maka tunggulah saat kehancuranya."